Jika anda pernah mengikuti kursus mekanikal sudah pasti lakaran
ini adalah sesuatu yang biasa dilihat oleh anda tetapi tahukah anda
bahawa seorang Muslimlah yang mula - mula sekali mencipta sistem
mekanikal moden yang masih di gunakan
sehingga kini? Badi'al-Zaman Abū al-'Izz ibn Ismā'īl ibn al-Razāz
al-Jazarī atau lebih di kenali hanya sebagai al-Jazari adalah seoraang
ahli matematik, jurutera mekanikal, pelukis dan seorang ilmuan tersohor
yang hidup daripada tahun 1136 Masihi sehingga 1206 Masihi.
Beliau dilahirkan di kota Tor yang terletak di Turki kini dan beliau
pernah berkhidmat dengan Salahuddin Al Ayubi r.a kemungkinan sebagai
ketua jurutera mekanikal. Hasil kerjanya yang paling terkenal ialah
sebuah jam automatik berupa seekor gajah yang menggunakan sistem gear
dan shaft dan hasil tulisannya yang paling terkenal ialah "al-Jāmiʿ bain
al-ʿilm wa al-ʿamal al-nāfiʿ fī ṣināʿat al-ḥiyal" yang bermaksud "Buku
Ilmu Berkenaan Alat Mekanikal Yang Hebat".
No comments:
Post a Comment