Jam berupaya menyerap tenaga haba dan dengan pantas mengubah tenaga kepada 8-14 nanometer jarak gelombang biofizik yang boleh meningkatkan aktiviti molekul bagi molekul air di dalam organ tubuh (darah,cecair-cecair lain yang terdapat di dalam tubuh).
Rekaan jam bukan sekadar untuk mengukur waktu, tetapi amat besar manfaat kepada pemakainya. Apabila anda melihat pergerakan jarum jam dalam gerakan ke kanan, persepsi anda akan mengalami suatu daya/kesan magnetism pertama yang dikawal oleh hipotalamus. Isyarat yang pertama akan dihantar ke kelenjar pineal untuk rangsangan tenaga vital yang amat penting untuk system imun tubuh. Bagaimanapun, kesan atau impak bukanlah dapat dilihat secara terus melainkan dengan arahan-arahan tertentu yang diterima dan diproses oleh otak sebelum memberi isyarat kepada bahagian yang lain untuk tindakan(respone)
Jam ini juga dapat dirakam dengan tahap tenaga tertentu menurut keperluan tubuh anda.
Manfaat Yang Diperolehi :-
- Membersihkan darah daripada ion-ion positif berlebihan daripada radiasi luar yang terperangkap.
- Meningkatkan fungsi system imun, antibody dan hormone tubuh.
- Meransang daya tumpuan.
- Mengekalkan potensi diri yang optima.
- Mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan.
- Mengawal depresi/tekanan perasaan.
- Meningkatkan daya vital/semangat.
- Mengawal, mengimbangi, mencegah dan merawat kanser.
Pergerakan ke KANAN adalah pergerakan semulajadi alam. Dalam agama Islam, semua perkara yang baik disunatkan dimulakan dengan sebelah KANAN. Dalam Quran, golongan yang akan dimasukkan ke dalam Jannah dipanggil 'As-habul Yamin' atau golongan KANAN.
Pergerakan tawaf adalah pergerakan ke KANAN (lawan arah jam). Elektron yang mengelilingi nukleus dalam atom juga bergerak ke KANAN. KANAN melambangkan kebaikan sejagat.
Jam ke KANAN menggunakan konsep ke KANAN ini bagi mengembalikan keseimbangan fikiran dan peredaran darah dalam tubuh secara semulajadi.
Dengan meletakkan jam Iftinan di bawah bekas yang mengandungi air, segala unsur berat di dalam air tersebut akan termendap ke bawah, di sebabkan magnetism dan gravity pada jam tersebut. minumlah air tersebut dan singkirkan sebahagian daripada air di bahagian dasar bekas. Ini juga sebenarnya telah dipraktikkan sejak zaman berzaman sebagai suatu cara mengelakkan air yang dirasakan telah dicemari dengan berbagai bentuk gelombang yang beracun daripada memasuki tubuh.
Antara PERSOALAN yang mendorong kepada penciptaan Jam
- Kenapa Pusingan Tawaf dikerjakan dari arah kanan?
- Kenapa seluruh planet serta bulan, bintang, matahari dan galaksi juga berputar pada arah tawaf?
- Kenapa pusingan sekecil-kecil atom juga berputar mengikut arah tawaf?
- Kenapa sembayang berjamaah perlu penuhi saf kanan dahulu?
- Kenapa Orang Islam digalakkan mengacau air arah kanan/tawaf?
- Kenapa gelombang yang berputar dilautan arah kanan/tawaf?
- Kenapa putaran puting beliung itu berputar arah kanan/tawaf?
- Kenapa piring yang digunakan oleh Astro mengadap kiblat/hampir ke arahnya?
- Mengapa Islam menggalakkan segala sesuatu yang baik dimulakan dengan langkah kanan, makan dengan tangan kanan dan sebagainya?
Jawapan atas persoalan diatas ialah kesemua ini adalah di dalam suatu program ketetapan oleh yang Maha Pencipta yang menyebarkan dan menyerap tenaga menerusi suatu hukum keseimbangan dan keabadian. Ia merupakan tenaga keharmonian yang suci tidak tercemar tetapi tersebar ke seluruh arah dengan kecepatan mekanisma dan malar(tiada nilai ukuran tetapi constant). Melalui penggunaan jam , diharap mampu untuk mengingatkan kaum muslimin di seluruh dunia agar sentiasa ingat akan putaran dan hukum yang telah ditetapkan oleh maha pencipta kita ALLAH S.W.T di samping mendapat manfaat dan kelebihan yang tidak pernah diketahui sebelum ini selama mana pemakaian jam yang mengikut putaran sunnah tersebut.
Orbit Mengelilingi Galaksi
Rupa-rupanya di dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai putaran di dalam surah Yasin ayat 38,Allah menyatakan,
Maksudnya: "Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang ditentukan oleh yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."
Justeru, dalam surah yasin,ayat 38 ini mensyariatkan objek-objek di langit (termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, juga beredar mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah seperti yang berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat Islam supaya terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan dengan putaran dan peredaran objek-objek di langit.
Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin
Orbit-orbit Bumi & Objek di Langit
Seorang pakar astronomi daripada Poland, Nicolaus Copernicus mengutarakan teori yang dikenali sebagai teori helio sentrik. Melalui buku beliau yang diterbitkan pada tahun 1543 Masihi bertajuk De revolutionibus orbium coelestium (On the revilutions of the Heavenly Spheres), beliau mengatakan matahari berada dalam keadaan pegun di tengah-tengah angkasa manakala objek-objek lain di kosmos berpusing mengelilinginya. Hal ini dilaporkan dalam Stanford Encyclopedia of Philosophy di http://plato.stanford.edu/
Sebaliknya Quran menyatakan bumi dan matahari berputar dan tidak pegun. Sebagai contoh, dalam surah Al-Anbiyak ayat 33 Allah berfirman,
Maksudnya: "Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang,matahari dan bulan. Kesemuanya beredar (yasbahuun) dalam falaknya."
Justeru di dalam Tafsir al-Quran al-Azim,Imam Ibn Kathir menukilkan pandangan sahabat Abdullah bin Abbas yang mengatakan 'malam dan siang' matahari dan bulan beredar dalam bulatan. Pentafsiran ini menunjukkan para sahabat di zaman nabi sudah berpegang dengan pendapat matahari dan bulan berputar dalam bulatan di atas paksinya sendiri. Tambahan daripada itu, disebabkan Allah mengatakan malam dan siang berputar (yasbahuun), menunjukkan bumi berputar dan hasil daripada putaran bumi di atas paksinya, maka lahirlah fenomena siang dan malam.
Kesemua ini menampakkan Quran adalah sebuah kitab yang begitu saintifik kerana kenyataan-kenyataan ini adalah selari dengan penemuan semasa. Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin
Tahukah anda...
Jam yang asal, telah diciptakan pergerakannya dengan putaran ke arah KANAN, dan putaran ini mengikut pergerakan pusingan TAWAF, dan jam ini sudah lama diguna-pakai oleh umat Islam, selama 1200 tahun, selepas dunia ini mula diMODENkan oleh kuasa barat secara perlahan-lahan sejak 200 tahun lepas, sejarah putih ini telah diHITAMkan, dan semakin ramailah manusia memakai JAM ANTI-TAWAF seperti hari ini. Memang suatu yang pelik bila orang lihat kita memakai JAM ANTICLOCKWISE ini, kerana sudah lama kita terpesong dengan memakai JAM ANTI-TAWAF (jam biasa), tapi sampai bila kita nak pakai jam biasa yang jelas bertentangan dengan Fitrah alam yang diciptakan Allah secara Harmoni iaitu mengikut arah pusingan TAWAF.
Daripada segi material Ceramic, Tungsten, Kristal Saphire dan Batu Germaniun yang digunakan, ujian kinesiologi ke atas jam-jam anticlockwise kami membuktikan bahawa jam-jam kami tetap mempunyai kesan yang segera (instant effect) terutamanya ke atas kestabilan dan kekuatan badan pengguna walaupun baru beberapa saat jam dipakai.
Penggunaan Jam
Lelaki: pergelangan tangan kanan
Wanita: pergelangan tangan kiri
Bagi yang biasa menggunakan tangan kanan dalam menulis atau dalam berkerja, maka otak kanannya jarang difungsikan. Begitulah sebaliknya bagi yang kidal bererti otak kirinya yang jarang digunakan. Jika diaktifkan, kita akan jadi jadi sangat kreatif dan inovatif INSYAALLAH.
Jam terbalik Ini, kebaikannya akan ubah persepsi mental yang asal kepada lebih terbuka. Malah pusingan jam terbalik ini adalah mengikut pusingan energy yang ada pada setiap makhluk dan hamba ALLAH di seluruh alam. Lebih2 lagi pusingan lawan arah jam yang asal adalah sama dengan pusingan Tawaf di Baitullah yang Suci
LIHAT MODEL LAIN DAN UPDATE DI
https://www.facebook.com/iftinankini
No comments:
Post a Comment